Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Amatur AD Cahaya 2016

Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Amatur AD Cahaya 2016
Lokasi Acara
Ayer Keroh Sport Centre, Melaka  
Mula Pendaftaran
01-04-2016  
Tamat Pendaftaran
23-05-2016  
Tarikh Mula Acara
28-05-2016  
Tarikh Akhir Acara
29-05-2016  

Maklumat Penganjur

Jebat Racquet Melaka

www.jebat.my

Senarai Kategori


Beregu Lelaki Amatur

Pendaftaran Kejohanan

RM 100.00
Beregu Lelaki Amatur + Hotel (2H1M)

Pendaftaran Kejohanan beserta penginapan di Hotel Kobemas pada 28/5/2016

RM 240.00
Beregu Lelaki Amatur + Hotel (3H2M)

Pendaftaran Kejohanan beserta penginapan di Hotel Kobemas pada 27/5/2016 - 28/5/2016

RM 380.00

Syarat dan Peraturan


  1. Penganjur
  2. KELAB JEBAT RACQUET di bawah syarikat Jebat Racquet PLT.
  3. Tarikh dan Masa Pertandingan
    • 28 Mei 2016 (SABTU)
    • Pusingan 1 - 16 terbaik ( 8.00 pagi - 5.00 petang )
      Pusingan 1 - 16 terbaik (Looser Pool) ( 12 tengah hari - 5 petang )
    • 29 Mei 2016 (AHAD) - 8.00 pagi - 2.00 petang
    • Suku Akhir - Akhir
      Suku Akhir - Akhir (Looser Pool)
  4. Tempat Pertandingan
  5. Ayer Keroh Sport Centre, Ayer Keroh, Melaka.
  6. Undang-undang
  7. Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (BMF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.
  8. Tarikh Tutup Penyertaan dan Undian
    • Sebelum 22 Mei 2016 TEPAT PADA 12 TENGAH MALAM (Ahad). Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada penganjur Jebat Racquet beserta bukti pembayaran.
    • Pengundian jadual perlawanan akan diadakan pada 24 Mei 2016 (Selasa) jam 8.00 malam di Ayer Keroh Sports Centre , Ayer Keroh, Melaka.
    • Jadual perlawanan rasmi akan diedarkan pada para pemain atau wakil 25 Mei 2016 (Rabu) melalui kiriman emel, Facebook pertandingan dan di Dewan Ayer Keroh Sports Centre, Ayer Keroh Melaka..
  9. Syarat-syarat dan Peraturan Am Pertandingan
    • Hanya WARGANEGARA MALAYSIA sahaja dan JEMPUTAN yang LAYAK menyertai Kejohanan ini. Borang penyertaan hendaklah dilampirkan bersama salinan kad pengenalan atau passport anda serta pasangan.
    • Bekas pemain atau yang sedang mewakili negeri, kebangsaan, atau menyertai SUKMA, MSSM, Kejohanan Sirkit-Sirkit Kebangsaan, Liga-liga profesional (e.g Purple League), Pemain / Pelatih-pelatih BAM, SSBJ, SSBP atau Sekolah Projek Sukan TIDAK LAYAK mendaftar.
  10. Peraturan Pertandingan
    • Format pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir.
    • Perlawanan pusingan pertama sehingga peringkat separuh akhir akan dijalankan berdasarkan kiraan baru 15 mata. Jika kedudukan terikat 1 set sama, rubber set 15 mata akan akan dijalankan. Jika kedudukan terikat 14 sama bagi setiap set perlawan dilanjutkan dengan kiraan deuce 2 mata sehingga mata maksimum adalah 20 mata.
    • Bagi peringkat peringkat akhir, format pertandingan adalah berdasarkan format 21 mata.
    • Perlawanan pusingan pertama sehingga peringkat suku akhir, penggunaan bulu tangkis hanyalah 3 unit sahaja.
    • Bagi mereka yang menyertai kategori amatur yang tewas pusingan pertama secara automatik akan dimasukkan ke pusingan kalah mati iaitu "kategori amatur looser pool" untuk memberi peluang kedua pada mereka yang menyertai kategori ini.
  11. Penarikan Diri & Penukaran
  12. Peserta boleh ditukar sebelum tarikh tutup pendaftaran. Tiada penukaran DILAYAN selepas tarikh undian 24 Mei 2016 (Selasa) pada pukul 8.00 malam.
  13. Pertandingan Separuh Akhir & Akhir
    • Untuk kategori beregu utama, perlawanan tempat ketiga & keempat akan diadakan.
    • Untuk kategori beregu (looser pool) tiada perlawanan tempat ketiga & keempat.
  14. Perlawanan
    • Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola pertandingan.
    • Setiap pemain dikehendaki berada di tempat gelanggang permainan SEPULUH MINIT lebih awal dari masa yang dijadualkan. Masa kelewatan atau kecederaan hanya dibenarkan masa LIMA MINIT sahaja selepas itu kemenangan percuma akan diberi kepada pihak lawan.
    • Pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma kepada pemain yang hadir mengikut jadual
    • Penentuan gelanggang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
    • Bulu Tangkis akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan adalah MUKTAMAD
    • Jadual pertandingan boleh diubah sekiranya difikirkan perlu oleh Pengerusi Pertandingan. Setiap pemain adalah bertanggungjawab untuk memastikan perlawanan-perlawanan seterusnya daripada Pengerusi Pertandingan.
  15. Bantahan
    • Sebarang bantahan hendaklah dibuat 30 minit selepas perlawanan berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak RM100.00 secara bertulis dan bukti yang kukuh.
    • Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.
    • Panel bantahan akan di diwakili oleh jawatankuasa penganjur yang akan ditentukan sendiri oleh pihak penganjur. Ketua Pengadil yang dilantik berhak membatalkan mana-mana penyertaan pemain tanpa sebarang bukti sekiranya penipuan dapat dikesan
    • Ketua pengadil yang dilantik berhak membatalkan mana-mana penyertaan pemain sekiranya penipuan dapat dikesan
  16. Yuran Penyertaan
  17. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 100 untuk setiap pasukan dan akan menerima 2 helai baju kejohanan.
  18. Tanggungjawab Pemain
    • Pemain-pemain adalah bertanggungjawab untuk mematuhi segala syarat-syarat yang dikenakan bagi melicinkan perjalanan pertandingan ini.
    • Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan atau kecederaan atau kerugian para peserta sepanjang pertandingan ini.
  19. Umum
    • Penganjur mempunyai hak mutlak membatalkan atau mengubah syarat dan hadiah kejohanan tanpa apa-apa alasan.
    • Yuran kejohanan akan dikembalikan kepada peserta sekurang-kurangnya 1 minggu dari tarikh kejohanan tersebut sekiranya kejohanan dibatalkan secara rasmi.
    • Penganjur berhak mengambil tindakan undang-undang jika berlaku penipuan sepanjang kejohanan.
    • Perjudian adalah dilarang.
  20. Hadiah
    • Hadiah akan diberikan kepada Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat, Kelima, Keenam, Ketujuh dan Kelapan.
    • Berikut adalah butiran hadiah:
    • KATEGORI BEREGU LELAKI UTAMA
      JOHANRM 5000 + BARANGAN IRINGAN
      NAIB JOHANRM 3000 + BARANGAN IRINGAN
      KETIGARM 1500 + BARANGAN IRINGAN
      KEEMPATRM 700 + BARANGAN IRINGAN
      KE 5-8RM 150 + BARANGAN IRINGAN

      KATEGORI BEREGU LELAKI (LOOSER POOL)
      JOHANRM 1000 + BARANGAN IRINGAN
      NAIB JOHANRM 700 + BARANGAN IRINGAN
      KETIGARM 300 + BARANGAN IRINGAN
      KEEMPATRM 300 + BARANGAN IRINGAN
      KE 5-8RM 100 + BARANGAN IRINGAN


Lokasi Acara