JEBAT RACQUET SUPER SERIES 2017 - v2

JEBAT RACQUET SUPER SERIES 2017 - v2
Lokasi Acara
Maxx Badminton & Fitness Centre, Muar  
Mula Pendaftaran
06-04-2017  
Tamat Pendaftaran
10-05-2017  
Tarikh Mula Acara
13-05-2017  
Tarikh Akhir Acara
14-05-2017  

Maklumat Penganjur

Jebat Racquet Melaka

www.jebat.my

Senarai Kategori


BEREGU AMATUR

Beregu Amatur

RM 100.00
BEREGU TERBUKA SATU

* satu wakil negeri sahaja

RM 100.00

Syarat dan Peraturan


PERTANDINGAN BADMINTON BEREGU SUPER SERIES JEBAT RACQUET 2017

 

  1. PENGANJUR
    KELAB JEBAT RACQUET di bawah syarikat Jebat Racquet PLT
  2. TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN
    25 Mac 2017 (Sabtu)
    Pusingan 1 – 16 terbaik – Amatur ( 8.00 pagi – 5 petang )
    Pusingan 1 – 16 terbaik – Terbuka Satu ( 8.00 pagi – 5 petang )26 Mac 2017 (Ahad ) – 8.00 pagi – 2 petang
    Suku Akhir – Akhir – Amatur
    Suku Akhir – Akhir – Terbuka Satu
  3. TEMPAT PERTANDINGAN
    Jebat Racquet Sports Centre , Bukit Beruang, Melaka.
  4. UNDANG-UNDANG
    Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.
  5. TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN UNDIAN
    5.1 Sebelum 22 Mac 2017 TEPAT PADA 12 TENGAH MALAM (Rabu). Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada penganjur Jebat Racquet beserta bukti pembayaran.
    5.2 Pengundian jadual perlawanan akan diadakan pada 23 Mac 2014 (Khamis) jam 8.00 malam di Jebat Racquet Sports Centre , Bukit Beruang, Melaka.
    5.3 Jadual perlawanan rasmi akan diedarkan pada para pemain atau wakil 24 Mac 2017 (Jumaat) melalui kiriman emel, Facebook pertandingan dan di Dewan Jebat Racquet Sports Centre, Bukit Beruang, Melaka.
  6. SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN
    6.1 Hanya WARGANEGARA MALAYSIA sahaja dan JEMPUTAN yang LAYAK menyertai Kejohanan ini. Borang penyertaan hendaklah dilampirkan bersama salinan kad pengenalan atau passport anda serta pasangan.
    Amatur
    6.2 Bekas pemain atau yang sedang mewakili negeri, kebangsaan, atau menyertai SUKMA, MSSM, Kejohanan Sirkit-Sirkit Kebangsaan, Liga-liga profesional (e.g Purple League), Pemain / Pelatih-pelatih BAM, SSBJ, SSBP atau Sekolah Projek Sukan TIDAK LAYAK mendaftar.Terbuka Satu
    6.3 Bekas pemain atau yang sedang mewakili negeri, kebangsaan, atau menyertai SUKMA, MSSM, Kejohanan Sirkit-Sirkit Kebangsaan, Liga-liga profesional (e.g Purple League), Pemain / Pelatih-pelatih BAM, SSBJ, SSBP atau Sekolah Projek Sukan hanya SEORANG SAHAJA dalam regu dibenarkan
  7. PERATURAN PERTANDINGAN
    7.1 Format pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir.
    7.2 Perlawanan pusingan pertama sehingga peringkat separuh akhir akan dijalankan berdasarkan kiraan baru 15 mata. Jika kedudukan terikat 1 set sama, rubber set 15 mata akan akan dijalankan. Jika kedudukan terikat 14 sama bagi setiap set perlawanan dilanjutkan dengan kiraan deuce 2 mata sehingga mata maksimum adalah 20 mata.
    7.3 Bagi peringkat separuh akhir & peringkat akhir, format pertandingan adalah berdasarkan format 21 mata.
    7.4 Perlawanan pusingan pertama sehingga peringkat suku akhir, penggunaan bulu tangkis hanyalah 3 unit sahaja.
  8. PENARIKAN DIRI & PENUKARAN
    8.1 Peserta boleh ditukar sebelum tarikh tutup pendaftaran. Tiada penukaran DILAYAN selepas tarikh undian 23 Mac 2017 (Selasa) pada pukul 8.00 malam.
  9. PERTANDINGAN SEPARUH AKHIR & AKHIR
    9.1 Untuk kategori beregu amatur & terbuka satu, perlawanan tempat ketiga & keempat akan diadakan.
  10. PERLAWANAN
    10.1 Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola pertandingan.
    10.2 Setiap pemain dikehendaki berada di tempat gelanggang permainan SEPULUH MINIT lebih awal dari masa yang dijadualkan. Masa kelewatan atau kecederaan hanya dibenarkan masa LIMA MINIT sahaja selepas itu kemenangan percuma akan diberi kepada pihak lawan.
    10.3 Pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma kepada pemain yang hadir mengikut jadual.
    10.4 Penentuan gelanggang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
    10.6 Bulu Tangkis akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan adalah MUKTAMAD.
    10.7 Jadual pertandingan boleh diubah sekiranya difikirkan perlu oleh Pengerusi Pertandingan. Setiap pemain adalah bertanggungjawab untuk memastikan perlawanan-perlawanan seterusnya daripada Pengerusi Pertandingan.
  11. BANTAHAN
    11.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat 30 minit selepas perlawanan berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak RM100.00 secara bertulis dan bukti yang kukuh.
    11.2 Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.
    11.3 Panel bantahan akan di diwakili oleh jawatankuasa penganjur yang akan ditentukan sendiri oleh pihak penganjur. Ketua Pengadil yang dilantik berhak membatalkan mana-mana penyertaan pemain tanpa sebarang bukti sekiranya penipuan dapat dikesan.
    11.4 ketua pengadil yang dilantik berhak membatalkan mana-mana penyertaan pemain sekiranya penipuan dapat dikesan.
  12. YURAN PENYERTAAN
    12.1 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 100 untuk setiap pasukan dan akan menerima 2 helai baju kejohanan.
  13. TANGGUNGJAWAB PEMAIN
    13.1 Pemain-pemain adalah bertanggungjawab untuk mematuhi segala syarat-syarat yang dikenakan bagi melicinkan perjalanan pertandingan ini.
    13.2 Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan atau kecederaan atau kerugian para peserta sepanjang pertandingan ini.
  14. UMUM
    14.1 Penganjur mempunyai hak mutlak membatalkan atau mengubah syarat dan hadiah kejohanan tanpa apa-apa alasan.
    14.2 Yuran kejohanan akan dikembalikan kepada peserta sekurang-kurangnya 1 minggu dari tarikh kejohanan tersebut sekiranya kejohanan dibatalkan secara rasmi.
    14.3 Penganjur berhak mengambil tindakan undang-undang jika berlaku penipuan sepanjang kejohanan.
    14.4 Walaupun segala langkah berjaga-jaga yang munasabah akan diambil oleh pihak Penganjur untuk memastikan keselamatan peserta, Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau disalahkan atas sebarang kecederaan atau kematian yang timbul daripada latihan untuk, semasa atau selepas penyertaan dalam Pertandingan.
    14.5 Pihak Penganjur berhak untuk menggunakan mana-mana gambar-gambar (termasuk peserta), rakaman wayang gambar, atau apa-apa rekod media acara itu, untuk apa-apa maksud yang sah termasuk pengiklanan komersial dan pengedaran kepada penaja mana-mana sahaja di dunia.
    14.6 Perjudian adalah dilarang.
  15. HADIAH
    15.1 Hadiah akan diberikan kepada Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat, Kelima, Keenam, Ketujuh dan Kelapan.
    15.2 Berikut adalah butiran hadiah: 

    KATEGORI BEREGU AMATUR

    JOHAN RM 1000 + BARANGAN IRINGAN
    NAIB JOHAN RM 700 + BARANGAN IRINGAN
    KETIGA RM 500 + BARANGAN IRINGAN
    KEEMPAT RM 300 + BARANGAN IRINGAN
    KE 5-8 RM 100 + BARANGAN IRINGAN

    KATEGORI BEREGU TERBUKA SATU

    JOHAN RM 1000 + BARANGAN IRINGAN
    NAIB JOHAN RM 700 + BARANGAN IRINGAN
    KETIGA RM 500 + BARANGAN IRINGAN
    KEEMPAT RM 300 + BARANGAN IRINGAN
    KE 5-8 RM 100 + BARANGAN IRINGAN

  16. SUPER SERIES
    16.1 Mata akan diberikan kepada Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat, Kelima, Keenam, Ketujuh dan Kelapan.
    16.2 Berikut adalah butiran mata:
    Kategori Amatur & Kategori Terbuka Satu

    JOHAN 300
    NAIB JOHAN 200
    KETIGA 100
    KEEMPAT 80
    KE 5-8 50

    16.3 Mata akan dikumpulkan untuk ketiga-tiga siri dan 6 beregu dengan mata terkumpul tertinggi akan menunggu di pusingan 16 pada Super Series akhir tanpa perlu melalui pusingan awal.

    16.4 Hanya beregu dengan pasangan yang sama boleh di bawa ke pusingan akhir. Pasangan beregu dengan pasangan berbeza tidak boleh dicampurkan mata untuk ke pusingan akhir.


Lokasi Acara